Web Hosting

Sunday 25 December 2011

Inginkan Anime Set, Full Set Tv Series, Full Set Drama Series, Movies Dengan Harga Murah??

Sekarang ramai yang inginkan anime, tv series, drama series dan movie, masalahnya ialah harga bagi setiap set anime terlalu mahal, jika anda berminat pada mana-mana yang berkenaan dengan harga yang murah sila berhubung dengan kami dan kami akan membantu anda untuk mendapatkannya disini ada list harga bagi anda yang inginkan nya dengan harga murah mengikut episod, tv series bagi setiap 30 episod dan ke bawah harganya Rm40, manakala bagi anime 50 episod ke bawah Rm40 dan bagi movie set seperti Final Destination 1-5 Rm25. Buat masa ini kami ada :

List Anime
1. Avatar The Last Airbender Full Episode.
2. One Piece.
3. Dragon Ball GT Full Episode.
4. Inzuma Eleven on going.
5. BoboiBoy on going.

List Tv Series
1. Maharaja Lawak Mega on going.
2. Nora Elena Full.
3. Ustaz Amirul Full.
4. Adamaya Full.
5. Cinta Elisya Full.
6. Lagenda Budak Setan Full.
7. My Boss My Hero Full.
8. Jersy No 10 Full.
9. Tentang Dhia on going.
10. Sad Sonata Full.
11. Invisible Man on going.
12. Stanza Cinta Full.
13. Super Lawak Fc on going.

Jika inginkan movie seperti Final Destination 1-5 dan mana-mana movie yang bersambung anda perlu nyatakan nama movie dan kami akan dapatkan untuk anda dan harga setiap set bagi semua cerita boleh dirunding lagi. Serious Buyers Only. Cara pembelian akan ditunjukkan bagi yang berminat buat masa sekarang hanya untuk di sekitar kuching sahaja.

Kami juga menjual software yang sukar untuk anda dapati dan seperti trial software kami akan bagi crack. Saya akan update jika anda inginkan apa-apa software. Apa yang anda perlukan ialah nyatakan jenis software dan kami akan membantu anda sebaik mungkin untuk mendapatkannya. Kami juga menyediakan servis Format Laptop dan serta merta meng"install" software ke dalam laptop anda . Harga boleh dirunding.

Berminat???? Sila tinggalkan komen. Saya akan update lagi sekiranya ada Movie, Anime, Drama Series dan Tv Series yang terbaru. Apa tunggu lagi??? Anda juga boleh nyatakan cerita yang anda inginkan.

Boleh Inbox saya di Facebook untuk maklumat lanjut mengenai cara pembelian dan penghantaran.. Atau anda boleh terus melayari http://riddlerenigma11.webs.com/apps/webstore/products customer no need to register, if you want to order just view the product and fill the form directly. :) 

Friday 16 December 2011

ADAT BER‘COUPLE’

Telah menjadi kebiasaan, melihat bukan setakat di taman bunga, malah di shopping complex, kedai mamak, didalam library, malah ditepi-tepi jalan bergombol-gombol pasangan-pasangan umat Islam (melayu) yang sedang berpegang-pegangan tangan, malah lebih sedih, berpeluk-pelukan tanpa ingat (atau takut) kepada Allah s.w.t akan Perbuatan haram mereka itu.

Lebih menyedihkan, terdapat pasangan yang membuat maksiat itu adalah orang yang bertudung, malah ramai juga yang dilihatnya orang bertudung membuat perkara ini. Apalagi yang tidak bertudung. 

Tetapi perlu dingatkan, apa yang saya katakan ialah orang yang 'bertudung', bukannya orang yang menutup aurat.

Kerana bertudung masih belum boleh dikatakan menutup aurat. Malah tidak tutup aurat pun! Jika difikir pendek, kita berasa agak bersyukur melihat trend umat Islam melayu sudah berjinak-jinak dengan tudung, tapi hanyalah sebagai fesyen. 

Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis


Tema Jin, Setan, dan Iblis masih menyisakan kontroversi hingga kini. Namun yang jelas, eksistensi mereka diakui dalam syariat. Sehingga, jika masih ada dari kalangan muslim yang meragukan keberadaan mereka, teramat pantas jika diragukan keimanannya.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengutus nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan risalah yang umum dan menyeluruh. Tidak hanya untuk kalangan Arab saja namun juga untuk selain Arab. Tidak khusus bagi kaumnya saja, namun bagi umat seluruhnya. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutusnya kepada segenap Ats-Tsaqalain: jin dan manusia.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُوْلُ اللهِ إِلَيْكُمْ جَمِيْعًا

“Katakanlah: `Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua.” (Al-A’raf: 158)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً

“Adalah para nabi itu diutus kepada kaumnya sedang aku diutus kepada seluruh manusia.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdillah radhiallahu 'anhuma)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman:

وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُوْنَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوْهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِيْنَ. قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوْسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيْقٍ مُسْتَقِيْمٍ. يَا قَوْمَنَا أَجِيْبُوا دَاعِيَ اللهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوْبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيْمٍ. وَمَنْ لاَ يُجِبْ دَاعِيَ اللهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي اْلأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُوْنِهِ أَوْلِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلاَلٍ مُبِيْنٍ

“Dan ingatlah ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur`an. Maka ketika mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: `Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)’. Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: `Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur`an) yang telah diturunkan setelah Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan lepas dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata’.” (Al-Ahqaf: 29-32)

Thursday 15 December 2011

Modenas MR1 100cc – Motor Untuk Rakyat RM2,948

Copy Posted by 



Modenas MR1


Saya meneka MR1 singkatan merujuk kepada 'Motosikal Rakyat 1' yang secara literal bermaksud 'Motosikal untuk rakyat'.. Harga hebat yang berpatutan untuk motosikal Modenas pada RM2, 948 yang purata wang yang kita perlu untuk meletakkan untuk down payment untuk motosikal baru. Anda tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan perjalanan baru untuk pekerjaan pertama anda selepas anda lulus dari universiti.Kemudian, anda mungkin berfikir, bagaimana pula dengan kebolehpercayaan? Modenas telah melanjutkan ujian ketahanan dari 200 jam kepada 300 jam untuk 20,000 km. Itu sudah cukup baik untuk harga yang semurah ini. Di Malaysia, kita mempunyai masalah dengan harga motosikal yang murah jadi ramai memilih jenama lain seperti  jenama dari China yang lebih murah. Jadi, ini motosikal murah yang datang dari Modenas Malaysia adalah masa yang terbaik untuk dimiliki rakyat. Jauh di dalam hati saya, saya ingin terdapat produk LEBIH daripada Modenas yang termasuk inovasi yang lebih baik dan memecahkan tradisi motosikal tetapi masih boleh diterima kita semua! Tiada lagi pilihan murah dari jenama China! Sekarang jenama di Malaysia memiliki harga yang murah untuk rakyat yang berpendapatan rendah!!Jangan tunggu lagi!! Terima Kasih kepada pemimpin Negara kita Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mementingkan rakyat seperti perjuangan bapanya iaitu Tun Abdul Razak..


Source: http://www.autoworld.com.my/v2/news/nb_details.asp?awReviewId=3703&awCatId=RT.ATC.CAR.PV

Thanks to Shukri Zakaria for the tips!

Wednesday 14 December 2011

4 Nabi Yang Masih Hidup (Khidr, Ilyas, ‘Isa dan Idris a.s.)




4 Nabi yang masih hidup dan tetap diberi riziqi dari khazanah Allah swt.
Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah swt.

2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidr dan Nabi ilyas a.s.
Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu

2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa dan nabi idris a.s.
Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu.


Untuk menjelaskan hal ini, kami jelaskan 5 peringkat hayah (kehidupan)

Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur. Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidr masih hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua.



5 Peringkat itu ialah:

1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.

2. Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya’dan ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’ di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam Khidr.

3.Peringkat ketiga ini seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat.

4.Peringkat ini pula…ialah kehidupan para syuhada’. Mereka tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini.

5.Dan yang tingkat Hayah ini atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal
Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal ‘alimul hakim
Berikut ini kami nukilkan kisahnya :

Cerita Menyakitkan Hati

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
si A : Macamana ni? rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh!! bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje, kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku, aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.... bla bla bla bla bla..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh�sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita...
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya, aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang.. bla bla bla bla....
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih.. Punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi, sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk.........
si C : Alaaaaaa!! korang punya cerita tak sedih lagi, cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
si C : emmmm~ mungkin hari ini dalam sejarah..
si B : cerita aje le, kita dah tinggal 4 tingkat je lagi nihh..
si C : aku sedih kerana KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA... UWAAAAAA~~~~
Moral of the story. Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Sunday 11 December 2011

Surah-surah Pilihan






Bismillah.. Alhamdulillah..
Salam buat semua..
Semua orang apabila lapar pasti makan bukan?itu makanan fizikal bagi mendapatkan segala nutrien dan khasiat buat tubuh badan agar sentiasa bertenaga..
Kalau kita boleh mengisi perut yang lapar dengan makanan idaman dan minuman yang nyaman.. apakah pula makanan buat rohani kita?
Jangan di biarkan layu dan kusam.. tak di bajai..
Di sini saya sertakan amalan surah-surah pilijhan..yang mana boleh kita amalkan..Kerana dalamnya terdapat khasiat dan manfaat..  Antaranya:

Surah Al-Kahfi

1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah bersabda :
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Hadis riwayat,Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)

2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
(Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)

3. Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)


Surah Yaasiin
1. Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali."
(HR Al-Tarmizi)

Surah Ad-Dukhan
1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda :
"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
(HR Ibnu Katsir)

Surah Al-Waqiah

1. Daripada Abi Dhibah. "Telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a. Beliau bertanya : "Apa yang kamu adukan?" Abdullah menjawab : "Dosa-dosaku." Dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab :"Rahmat Tuhanku." "Perlukah saya panggil doktor?" Beliau menjawab : "Doktor lebih sakit daripada saya." Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.........." Abdullah menjawab : "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab : "Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Surah Al-Hasyar
1. Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
(HR At-Tarmizi)

Surah Al-Mulk

1. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah) : "Sesungguhnya saya marah." Allah s.w.t berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."

Nabi s.a.w bersabda :
"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian."

Anas berkata :
"Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan".

(HR Ibnu Katsir)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Web Hosting

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads

Web Hosting