Thursday, 21 June 2012

Jin Takut Kepada Manusia

PERCAYA ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA YANG MENILAI

Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kpd manusia kecuali jika manusia itu sgt bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesunggunya jin itu sgt takut kpd manusia sebagaimana manusia juga takut kpd mereka. Demikian dgn syatan yg lebih takut kpd salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana jitu jika ia memperlihatkan dirinya kpd kamu jganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kpd mereka nescaya mereka akan pergi". Aku (Muhajid) pernah menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dlm solat mlm) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pd suatu waktu melihat seorang laki-laki yg pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib". Ibn Zubair bertanya, "Izib tu apa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dgn cepat Ibn Zubir memukul jin itu dgn cambuk sehingga ia lari tunggang langgang. Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kpd mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yg ada di hati manusia. Qatadah berkata, "Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dgn demikian jin tersebut bertambah berani kpd mereka".



Rasa takut manusia itu seolah-olah memberikan kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dlm bentuk yg menakutkan manusia. Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kpd Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat (sprt meringan-ringankan sembahyang, membuka aurat dan sebaginya), dlm hadasm berjalan di tempat-tempat sunyi atau kuburan pd mlm hari tanpa kawan maka ia mudah terdedah kpd gangguan jin.

Nabi s.a.w. pernah menegah seorang sahabat dari mengucapkan , "Nafsasy-syaitan".(kejadian itu disebabkan oleh perbuatan syaitan) selepas baginda terjatuh dari keledainya "maka jgnlah kami berkata, musibah itu(atau sebarang penyakit) dikeranakan oleh jin/syaitan, kerana apabila engkau mengucapkan 'Nafsasy-syaitan', maka ia akan bertambah besar. Dan syaitan akan berkata, "Dengan kekuatan akulah, aku dpt membanting(menimpakan demikian ke atasnya)." "Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah (boleh juga diucapkan MasyaAllah, Subhanallah.) pastilah dia akan menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat." Imam Ahmad bersendiri dlm riwayat ini dan isnadnya adalah 'Jayyid'(bagus).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads