Thursday, 21 June 2012

Jin Takut Kepada Manusia

PERCAYA ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA YANG MENILAI

Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kpd manusia kecuali jika manusia itu sgt bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesunggunya jin itu sgt takut kpd manusia sebagaimana manusia juga takut kpd mereka. Demikian dgn syatan yg lebih takut kpd salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana jitu jika ia memperlihatkan dirinya kpd kamu jganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kpd mereka nescaya mereka akan pergi". Aku (Muhajid) pernah menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dlm solat mlm) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pd suatu waktu melihat seorang laki-laki yg pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib". Ibn Zubair bertanya, "Izib tu apa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dgn cepat Ibn Zubir memukul jin itu dgn cambuk sehingga ia lari tunggang langgang. Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kpd mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yg ada di hati manusia. Qatadah berkata, "Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dgn demikian jin tersebut bertambah berani kpd mereka".

Sunday, 17 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Thursday, 7 June 2012

Kejadian Nabi Adam a.s

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?





Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

Wednesday, 7 March 2012

Buat Gadisku

Entri jiwang utk kali ini hehehehe~ohhhh gadis ku :p enjoyyy~



Gadisku, 
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta 
dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi 
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang 
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum 
aromamu bias menarik sang kumbang untuk 
mendekatimu.Namun...tidak semua bunga 
senang didekati sang kumbang lantaran duri yg 
memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh 
sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya 
yg terselah indah mengundang kekaguman 
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali 
untuk mendekatinya. 

Friday, 27 January 2012

KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA


Hari ini nak share dalam blog ni tapi dah lama dalam facebook orang yang bernama Ahmad Yaseer.. Peringatan pada saudara Islam bahawa kita amat istimewa bagi baginda Rasulullah kerana kita adalah umat yang paling ingin dijumpa baginda di akhirat kelak... Kitalah umatnya yang beriman dan menurut perintah Allah walaupun tidak pernah melihat baginda Rasulullah s.a.w.. Wallahualam~


"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

Wednesday, 25 January 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Entri kali ni sempena kelahiran Nabi dan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Bulan depan dah nak masuk 12 rabiulawal 1433H bersamaan dengan 5 Febuari 2012 (Ahad).. So, jum kita imbas kembali kelahiran yang mulia di sisi Allah S.W.T ini.. Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W.. "Allah hum ma solli ala Saidina Ya Maulana Muhammad Wa ala alihi wa soh bihi wa barik wa sal leem". 

Nabi berketurunan terpuji dan mulia.

NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab.

Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.

Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.

Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT


Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian anda..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.



Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

BUAT DUIT MELALUI WAZZUB!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Hari ni nak kongsi pasal buat duit seperti $1 per click.. Tapi dengan kaedah WAZZUB duit anda akan bertambah dengan cepat jika anda mengajak lebih ramai lagi, bukan hanya dengan 1 factor 1 dollar tapi berganda...

Cara mudah nak dapatkan duit melalui WAZZUB.. Apa tunggu lagi peluang ada di depan mata sertai saya.. Kerana masa depan anda di dalam tangan anda sendiri.. Jadi jika anda inginkan perubahan dalam hidup daftarlah SEKARANG!! 




Anda hanya perlu mengumpul factor dalam jumlah yang banyak maka anda akan mendapat pulangan sebanyak mana factor anda kumpul..

Tuesday, 24 January 2012

Iblis Ingin Bertaubat

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"

Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."

Siri 2 : Anak

Salam sejahtera....... Sambungan entri siri 1, Mari kita rehat2 sebentar, suam-suamkan diri dengan hidangan ringan lagi manis dari ceramah oleh Dr Fadhilah Kamsah khasnya untuk semua warga Blogger yang bergelar ibu dan bapa, bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak... Setelah hangat panas membara dihidangkan dengan topik2 minda dan coretan.. Mari kita renungkan bersama topik ini..

APA PUNCA ANAK DERHAKA

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting
anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan
menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Monday, 23 January 2012

Nabi Laknat Perempuan Yang Menipiskan Bulu Kening

Entri kali ni lebih menjurus kepada wanita.. Saya ambil dari hadis2 yang merungkai perbuatan yang di laknat nabi berkaitan dengan wanita... Insya'Allah dgn izin Allah akan saya cari setiap maksud2 dan hukum2 yang perlu kita ketahui baik wanita mahupun lelaki.. Walaupun ramai dah tahu pasal ni tapi ingin saya ingatkan lagi pada wanita2 diluar sana yang belum pasti akan hukum hakam agama pasal menipiskan bulu kening.. Jangan sia2kan diri anda hanya kerana kecantikan yang sementara kerana perbuatan itu boleh mendorong anda di laknat dan ke neraka dengan mudah.. Beringatlah wahai wanita2, kamu dicipta untuk menjadi pendamping kaum lelaki tetapi jangan abaikan hukum hakam agama yang telah kamu ketahui.. Semoga kalian sempat bertaubat atas perbuatan yang dilaknat itu.. Aminn~

Tengok ni tak payah nipis kening dah cantik

FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Friday, 20 January 2012

Siri 1 : Anak

Emmm.. Sedih tak sedih terpaksa la buat jugak kan.. Nak buat macam mane kalau dah bukan rezeki korang nak dapat anak.. Hurmmmm~ Ni nak cakap pasal anak yang tak kesampaian bagi org kat luar sana :) Mungkin ramai yang dah cuba macam2 cara untuk dapatkan anak tapi blm ada rezeki lagi so yang dah dapat anak tu jagalah anak dengan didikan agama yer...Entri kali ni pasal rezeki dari tuhan iaitu Anak..

Sekarang ramai yang tahu kes pembuangan bayi di merata-rata tempat termasuk longkang, tandas awam, dalam tong sampah dan lain-lain lagi. Tak tau la nak cakap ape kat diorg yang dah buang bayi tak kesian ke tengok bayi yang tak tahu lagi pasal kehidupan dan tak bersalah? Korang senang2 nak buang bayi sedangkan melambak lagi org kat luar sana yang nakkan anak tapi hajat diorg tak kesampaian.. Ada juga yang keguguran disebabkan masalah2 tertentu.. Ingatlah bahawa anak itu rezeki dari tuhan bagi sebuah keluarga.. Kalau korang buang anak itu namanya dah buang rezeki korang..

Mari kita tengok ayat dalam Al-Quran pasal anak ni..

Menurut Al-Qur’an anak dikelompokan kepada empat tipologi :

1. Anak sebagai perhiasan hidup di Dunia (QS. 18:48)

Anak adalah perhiasan dala hidup rumah tangga. Al Quran mengatakan, “harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, namun amal yang kekal dan soleh adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan (QS:18:46)”

Thursday, 19 January 2012

CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Entri kali ni nak sentuh sikit pasal chinese good luck hahahaha... Maklum la kan tak lama lagi nak Chinese New Year so entri pun pasal chinese jugak hahahaha :D Okay, bukan nak bagi korang pecaye ke ape tapi kalau nak baca suka2 pun blh kalau nak sebar pun blh.. Takde masalah~ :) Jom kita usharrrrrrrr~

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

Dimana letaknya ketakutan manusia terhadap Allah S.W.T.??


Assalaamualaikum warahmatullah...wabarakaatuh. Dalam entri kali ni aku nak sentuh sikit pasal si setan ni, walaupun menghasut manusia supaya meninggalkan segala yang disuruh Allah S.W.T. dalam masa yang sama dia juga takut akan kemurkaan Allah S.W.T.. Manusia pula?? Entahlahhh.. Semoga entri kali ni boleh mendorong anda berfikir dengan lebih waras.... Tazkirah buat semua.... 

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai

Wednesday, 18 January 2012

19 KEISTIMEWAAN WANITA DAN 6 WANITA MALANG

19 Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

Di Saat Aku Bakal Di Talqinkan


Assalamualaikum wbt

Wajah orang yang mati syahid

Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran.
InsyaAllah... 




Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku  terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku  sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang  kuat."Mengucap sayang.... mengucap........ Asyhaduallailahaillallah......" ucapan itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pe rnah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta  yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti  itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.  "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".

Monday, 16 January 2012

Thanks To My Followers

Hahahahahaha.. Dah takde lagi idea buat mase ni hadoiiiiii~ Ni nak bagi ucapan terima kasih sikit buat followers yang dah follow blog aku yang tak seberapa ni, macam korang punye gempak habisssss hahahaha.. Tapi tak rugi gak aku join group Blogger! kat dalam facebook.. Setiap hari ade je follower baru.. Syok jugak arr baca blog diaorg tuu.. Share mcm2 informasi yang kite tak tau, dan tak kurang jugak la bagi yang suke tulis pasal kehidupan seharian diaorg... Emmm~ Dulu aku ade buat blog pasal kehidupan aku tapi bile dah lame tak bukak menyepi jerrrr lupe plak ngan email google aku adessss!! Terpakse la aku buat yang baru tapi tak la banyak aku nak cerite pasal kehidupan aku dalam ni, aku nak biar balance sikit kannn nanti boring plak korang bace kehidupan seharian aku hahahahahaha.. Asyik2 cerite pasal cinta hmmmmm~ Sekarang ni aku buat je yang simple biar senang sikit aku nak update entri baru2.. Kalau aku tambah mcm2 kat blog lagging plak kann hahahahaha!! So aku buat simple2 je dan aku ceriakan dengan warna warni dalam blog aku hahahaha!! Al maklum lah aku ni minat kalerful haaa~ 

Potong Lidah Gara-gara Banyak Cakap!!

Ehh nanti la aku sambung lagi... Hahahahahahaha nak ucap terima kasih banyak2 kat followers jerrr tapi jaoh pulak dah aku pegi hahahahaha.. Jumpa lagi di lain hari yeee~ :)

P/s : Berkawan biar beribu, bercinta biar satu (kalau nak lebih pun takper asalkan adil hahahahahahahaa!!)

ⓢ    

Valentine's Day

HARI Valentine atau hari kasih sayang diperingati pada tarikh 14 Februari setiap tahun oleh sebahagian besar remaja dunia ini.

Pada hari itu, mereka akan saling mengirim kad untuk mengungkapkan kata cinta atau kasih sayang. Ada pula yang mengirim bunga atau coklat yang berbentuk hati sebagai simbol rasa sayang. 
Di Barat, budaya ini, dalam sesetengah keadaan, sudah melampaui batas. Di sana hari kasih sayang diraikan besar-besaran. Dari awal petang hingga pagi hari, dengan mengadakan pelbagai acara hiburan. Bermula daripada sekadar menyanyi, tari menari dan bersuka ria, hingga kepada pesta seks. Tidak ada yang mencelanya, sebab malam itu adalah malam kasih sayang, malam kebebasan dan malam berasmara.
Di Malaysia, remaja Muslim pun kadang-kala terikut-ikut dengan budaya itu. Pada hari itu, mereka juga ikut saling mengirimkan kad, SMS atau jambangan bunga sebagai tanda cinta kepada seseorang yang dikasihi. Walaupun tidak sehebat di Barat, di tempat tertentu ada yang meraikan hari berkenaan dengan pelbagai acara tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama dan budaya bangsa.

Sunday, 15 January 2012

Siapakah Imam Mahdi a.s. Itu??


Siapakah Imam Mahdi a.s??

Menurut pendapat para ahli sejarah dan hadis, Imam Mahdi as dilahirkan pada malam Jumat, 15 Sya'ban 255 atau 256 H. Ayahanda beliau adalah Imam Hasan al-'Askari dan ibunda beliau—menurut beberapa riwayat—bernama Narjis, Shaqil, Raihanah, atau Susan. Akan tetapi, beragamnya nama yang dimiliki oleh ibunda beliau ini tidak mengindikasikan keberagaman diri sebagai seorang wanita. Karena, tidak menutup kemungkinan beliau memiliki nama-nama yang beragama sebagaimana layaknya orang-orang besar lainnya. [1] Tempat kelahiran beliau adalah Samirra`, sebuah kota besar di Irak dan pada masa kekhilafahan Bani Abbasiah pernah menjadi ibu kota kerajaan.

Silsilah nasab beliau secara terperinci adalah Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-‘Askari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kazhim bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali as-Sajjad bin Husain as-Syahid bin Ali bin Abi Thalib as.

Kelahiran beliau adalah sebuah realiti yang tidak dapat dimungkiri. Banyak sekali bukti historis dan tekstual yang menegaskan hal itu.

Imam Ja'far ash-Shadiq as berkata: “Tidak akan meninggal dunia salah seorang dari kami kecuali ia akan meninggalkan seseorang yang akan meneruskan missinya, berjalan di atas sunnahnya dan melanjutkan dakwahnya.” [2]

Hakimah, bibi Imam Hasan al-‘Askari as pernah menggendong beliau dan melihat di bahu sebelah kanannya tertulis “Kebenaran telah datang dan kebatilan telah sirna”. (QS. Al-Isrâ`: 81).

Kurang lebih enam puluh lima ulama Ahlussunnah dalam buku-buku mereka juga menegaskan hal itu. Syeikh Najmuddin al-‘Askari dalam bukunya al-Mahdi al-Mau’ûd al-Muntazhar menyebutkan empat puluh nama mereka dan Syeikh Luthfullah ash-Shafi dalam bukunya Muntakhab al-Atsar menyebtukan dua puluh enam nama. [3] Di antara mereka adalah:

a. Ali bin Husain al-Mas’udi. Ia menulis: “Pada tahun 260, Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib as meninggal dunia pada masa kekhilafahan al-Mu’tamid al-Abbasi. Ketika meninggal dunia, ia baru berusia dua puluh sembilan tahun. Ia adalah ayah Mahdi al-Muntazhar.” [4]

Thanks To Those Who...............

The things that I SHOULD :


Thanks to those who HATED me, you made me a stronger person.


Thanks to those who LOVES me, you made my heart grow fonder.


Thanks to those who ENVIED me, you made my self-esteem grow stronger.


 Thanks to those who CARED about me, you made me feel important.


Thanks to those who ENTERED my life, you made me who I am today.


Thanks to those who LEFT me, you showed nothing last forever.


Thanks to those who STAYED with me, you showed me the true meaning of "LOVE AND FRIENDSHIP".



Don't Let ME Raise My MIDDLE FINGER!!!


I wrote this to the person WHO deserve it....!!! 

P/s : Don't ask GOD to make your life easier, ask HIM to make you become a stronger person.



ⓢ    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads