Entri jiwang utk kali ini hehehehe~ohhhh gadis ku :p enjoyyy~
Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta
dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum
aromamu bias menarik sang kumbang untuk
mendekatimu.Namun...tidak semua bunga
senang didekati sang kumbang lantaran duri yg
memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh
sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya
yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali
untuk mendekatinya.
Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi
setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu
dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN
KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA
KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU
dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-CIRI
SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA
TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK
MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yg tertutup itu
lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yg terdedah,umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau
permata yg diletakkan dalam bekas
tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat
untuk meliaht sesuatau yg tersembunyi,melebihi
sesuatu yg terdedah.WANITA SOLEHAH yg patuh
dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-
liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg
bernama Adam.Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana
bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang
dalam dirimu.Lebih-lebih lagi dgn title gadisyg
engkau miliki,sudah pasti darah mudamu
mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah
gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka
Allah akamn memudahkan jalan-jalan baginya ke
arah itu.Yang penting gadiskuengkau miliki
azam,usaha,dan istiqamah..
Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan
lelaki. Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU
TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah
tidak ada perisai yg dapat
membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada
mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah
yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain
fitnah yg berpunca dari kaum wanita."Oleh itu
gadisku,setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-
Sunah.Jgn biarkan sekali sesiapa
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan
tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah
mengangkat martabatmu setaraf kaum
Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan
para mujahid dan mujahidah yg bakal
menggocang dunia dgn sentuhan lembut
tanganmu.
Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan
disayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap
insan,namun ramai antara kaummu yg tewas
kerana CINTA....bercinta tidak salah,tetapi
memuja cinta itu salah.Ini adalah
kerana,KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP
MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA
MARUAH TERGADAI.Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta.Benarlah SABDA
RASULULLAH SAW MEMBAWA
MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu
mampu membutakan mata dan hatimu dalam
membezakan perkara yg hak dan baril,jika
engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu
semata-mata dan bukan kerana
ALLAH SWT.Sebelum engkau mendekati
cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.Cintailah
dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat
kejadianmu yg begitu simbolik.Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga,lalu mengalami
proses pembetukan yg sempurna hasil rencana
ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat
melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul
CINTA DAN KASIHMU TERHADAP
PENCIPTAMU..
Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA
TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG
HAKIKI DAN ABADI..Seindah hiasan adalah
Wanita Solehah..
"Teman sejati umpama haruman kasturi, kalau tidak dpt memilikinya, kita masih dpt mencium baunya.Tetapi,teman yg buruk umpama tukang besi,kalo tak kena habuknya yg hitam, kita masih dpt mencium asapnya nanti tepuk dada tanya sendiri"
0 comments:
Post a Comment