☮ Yesterday ✘ Today ✘ Tomorrow ☮™

Web Hosting

Thursday 21 June 2012

Jin Takut Kepada Manusia

PERCAYA ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA YANG MENILAI

Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kpd manusia kecuali jika manusia itu sgt bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesunggunya jin itu sgt takut kpd manusia sebagaimana manusia juga takut kpd mereka. Demikian dgn syatan yg lebih takut kpd salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana jitu jika ia memperlihatkan dirinya kpd kamu jganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kpd mereka nescaya mereka akan pergi". Aku (Muhajid) pernah menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dlm solat mlm) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pd suatu waktu melihat seorang laki-laki yg pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib". Ibn Zubair bertanya, "Izib tu apa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dgn cepat Ibn Zubir memukul jin itu dgn cambuk sehingga ia lari tunggang langgang. Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kpd mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yg ada di hati manusia. Qatadah berkata, "Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dgn demikian jin tersebut bertambah berani kpd mereka".

Sunday 17 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Thursday 7 June 2012

Kejadian Nabi Adam a.s

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?





Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

Wednesday 7 March 2012

Buat Gadisku

Entri jiwang utk kali ini hehehehe~ohhhh gadis ku :p enjoyyy~



Gadisku, 
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta 
dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi 
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang 
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum 
aromamu bias menarik sang kumbang untuk 
mendekatimu.Namun...tidak semua bunga 
senang didekati sang kumbang lantaran duri yg 
memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh 
sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya 
yg terselah indah mengundang kekaguman 
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali 
untuk mendekatinya. 

Friday 27 January 2012

KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA


Hari ini nak share dalam blog ni tapi dah lama dalam facebook orang yang bernama Ahmad Yaseer.. Peringatan pada saudara Islam bahawa kita amat istimewa bagi baginda Rasulullah kerana kita adalah umat yang paling ingin dijumpa baginda di akhirat kelak... Kitalah umatnya yang beriman dan menurut perintah Allah walaupun tidak pernah melihat baginda Rasulullah s.a.w.. Wallahualam~


"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

Wednesday 25 January 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Entri kali ni sempena kelahiran Nabi dan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Bulan depan dah nak masuk 12 rabiulawal 1433H bersamaan dengan 5 Febuari 2012 (Ahad).. So, jum kita imbas kembali kelahiran yang mulia di sisi Allah S.W.T ini.. Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W.. "Allah hum ma solli ala Saidina Ya Maulana Muhammad Wa ala alihi wa soh bihi wa barik wa sal leem". 

Nabi berketurunan terpuji dan mulia.

NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab.

Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.

Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.

Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT


Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian anda..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.



Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Web Hosting

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads

Web Hosting