Wednesday, 18 January 2012

Di Saat Aku Bakal Di Talqinkan


Assalamualaikum wbt

Wajah orang yang mati syahid

Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran.
InsyaAllah... 




Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku  terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku  sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang  kuat."Mengucap sayang.... mengucap........ Asyhaduallailahaillallah......" ucapan itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pe rnah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta  yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti  itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.  "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".


Sudah seminggu aku terlantar di wad  ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah..... Tapi  mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang  bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap  kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku  tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan  dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku  takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi  izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang  sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang  pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.  "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan  "Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. 
 
Nenekku  datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu,mahu  air??Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk  syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku  datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi." Ayah.......kau datang ayah....... "Matilah dalam agama  yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? 

"Mengucap sayang,mengucap.  Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu di ajukan  sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan  dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di  selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di  hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan  Allah......."Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam  tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... 

Adakah ini yang kamu mahukan??

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?  Ah busuknya, hanyirnya, hancingnya......". 

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal  aku?". "Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku  hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua  penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal  engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang  keji..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! 

Surah yassin yang abang pegang  di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak  ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba  badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan  perutku dengan kuat, sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat  aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". 

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih  dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.  Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu  demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku.  Kenapa kalian semua bua t aku macam ini? Tolong  rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang  sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.  Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!". 
 
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang  itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi  rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam." Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........". 
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talqin, tetapi makin lama makin  hilang.  Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan.





P/s : setiap yang hidup akan mati, justeru ingatlah yang amalan dunia itu penting untuk kita diakhirat kelak.. :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads