4 Nabi yang masih hidup dan tetap
diberi riziqi dari khazanah Allah swt.
Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah
swt.
2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidr
dan Nabi ilyas a.s.
Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah
yang maha tahu yang mengetahui tempat itu
2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa
dan nabi idris a.s.
Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah
yang maha tahu yang mengetahui tempat itu.
Untuk menjelaskan
hal ini, kami jelaskan 5 peringkat hayah (kehidupan)
Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi di dalam
Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur. Nursi menjawab satu
soalan…adakah Sayyidina Khidr masih hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat.
Nabi Khidr di peringkat kedua.
5 Peringkat itu ialah:
1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.
2. Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai
sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat
dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya’dan ahli
kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’ di peringkat
ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam Khidr.
3.Peringkat ketiga ini seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi
kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat.
4.Peringkat ini pula…ialah kehidupan para syuhada’. Mereka tidak mati,
tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz Nursi sendiri pernah
musyahadah peringkat kehidupan ini.
5.Dan yang tingkat Hayah ini atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang
meninggal
Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal
‘alimul hakim
Berikut ini kami nukilkan kisahnya :
1. Perihal Nabi Khidr ‘alaihi salam.
Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu
Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir
a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup
adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah:
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ
أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ
“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum
engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34)
Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.)
menyatakan:
“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun
yang sekarang masih hidup di muka bumi.”
Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz
Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga
jumhurul-‘ulama’ dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat,
bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia
sebagai manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath
al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir
a.s. telah wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu
huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia.
Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith
di atas.
Mengenai itu kami berpendapat:
1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi
Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam
hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur’an yang tersebut di
atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.
2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam
hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada
masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan
demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk ‘bumi’
yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya tidak dikenal
orang-orang Arab.
3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi
Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s.
Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang
mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun.
Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya
orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi
Khidir a.s.
4. Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam
hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya
atau mengenalnya. Itu memang benar juga.
5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud
kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang
berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang
masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit
dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang
Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari
penduduk Eropah Timur.
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau
dengan jasad yang baru.
Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan:
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh
dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia
masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya.
Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling
di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh
dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi
Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi
Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan
jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s.
atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi
Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat
dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.
Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya
Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah
Wa al-‘Ulama’. Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan
al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan Masalah
Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).
Banyak sekali riwayat-riwayat tentang nabi khidr
dalam kitab-kitab yang mu’tabar. Ada riwayat yang mengatakan bahwa Nabi khidr
masih hidup dan mati ditangan Dajjal.
Dajjal akan menangkap seorang pemuda beriman.
Kemudian dajjal menyuruhnya untuk menyembahnya, tapi pemuda itun menolak dan
tetap beriman pada Allah. Lalu Dajjal membunuhnya dan membelah nya menjadi Dua.
satu Bagian Dilempar sejauh mata memandang dan satu bagian dilempar sejauh mata
memandang kesebelah lainnya. Kemudian Dajjal menghidupkan kembali pemuda itu.
dajjal menyuruhnya agar beriman kepadanya karena ia telah mematikannya lalu
menghidupkannya. Maka pemuda itu tidak mau dan tetap beriman kepada Allah.
Pemuda itu bahkan mengatakan “Kamu benar-benar Dajjal!!”. Lalu Dajjal
mewafatkannya lagi.
Ada riwayat yang mengatakan pemuda beriman ini
adalah Nabi Khidr a.s. (wallahua’lam).
Imam as-Sayuthi
telah menyebut dalam “Luqtul Marjaan” daripada Sayyidina Ibnu
‘Abbas r.`anhuma sebagai berkata:-
· “Nabi al-Khidhr dan
Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah
atas kalimah-kalimah ini: “Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa
yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah;
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak
kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah,
setiap keni’matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang
dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah”.
Ibnu ‘Abbas berkata:“Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang
sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni menyelamatkan) dia dari
tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari (kejahatan) syaitan, penguasa,
ular dan kala jengking.”
Maka sewajarnya
bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan menjadi sebab
yang membawa kepada tawakkal.
Doa ini juga
dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam “Ihya` ‘Ulumiddin”
jilid 1 halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz.
Tawakkal itu
amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya
kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak
permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau
sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana
difirmankanNya dalam surah Ali ‘Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: “Bahawasanya Allah
ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal.” Manakala dalam
surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: “Dan sesiapa yang
bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.
Satu lagi posting
berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda
a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku
baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol “al-Hisnul
Hasin” ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana
Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar
oleh Maulana Muhammad
Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali,
tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku
merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata.
Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada
halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi
s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta
mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih
jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah
subtitle “Condolence of Sayyidona Khidr a.s.“:-
According to the
Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away,
a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping
across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah
(Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards
the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA)
said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- “Surely,
Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything
lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee
towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does
not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable
person is one who is not given any compensation for his misfortune.”
Sebagaimana yang aku jelaskan dalam posting-posting terdahulu
berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah
masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang,
maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan
punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan
yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji. Berhubung hadits mengenai
ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting aku akan
nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a’laam.
مدد يا نبي الله يا
الخضر عليه السلام
Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya “Usul
al-Wushul” mukasurat 165 – 166 menyatakan:-
- Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani,
Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan
Rasul.
- Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu ‘Athiyyah dan
ats-Tsa’labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja,
dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah
pandangan Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan sebahagian sahabat.
- Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu ‘Ali
bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali
iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
- Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang
berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah
menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: “Kami tidak mengetahui
adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan
inilah pendapat jumhur ahli sufi.
- Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu
a’laam.
- First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so,
why do some serious scholars reject his being alive ?
- Answer:- He is still alive. But there are five
degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that
those scholars have doubted his being alive.
- ….The second degree of life is manifested in
the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain
extent free in that those who have it can be present in different places
at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind
ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike
us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are
able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to
illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual
degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is
called the ‘station of Khadr’. A saint who has attained this degree may
meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even
happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi’uz-Zaman
an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le,
kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah
al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL,
alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat …. ulama
tak maksum ……. ulama bias …….. macamlah depa kat Ahkam Online
maksum, tak bias …….lagi sekali gua cakap sama lu:-
Ikhwah, aku terbaca dalam sebuah posting geng anak
Pak Wahab yang menyatakan bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah
wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir
masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur
ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan
hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku
nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim”
juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir
s.a.w., beliau menyatakan:-
- JUMHUR ULAMA berpendapat
bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir)hayyun maujudun baina
adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita
ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah
wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita
mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran
serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat
yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada
boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah
berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir)
hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah
beserta mereka dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah
satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari
hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir
masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa
JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan
belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha
Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah
perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya
baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan
yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana
sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam
al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak
mudah sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu’amalah
dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal ‘Abidin di
mana dia berpesan :“Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi
Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan
budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu ‘alam.
*********************************************************************************************************
2. Nabi ilyas a.s.
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada
Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita
itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi
maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh
lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir
memuji Allah,” jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada
malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi
Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup
semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas
sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku
sampai akhir nanti.” Kata Allah.
********************************************************************************************************
3. Nabi ‘idris a.s.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit
pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah
dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT
bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai
Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”(Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as.
yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau
banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris
menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk
menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah
selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya
dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup
beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut
sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut
bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as.
Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as.
mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba,
maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau
menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda
beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya,
sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian
Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus
melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai
terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian
beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk
melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi
Allah Idris.”
Maka berjalanlah
keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup
di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut
berkata kepada Nabi Idris as.:
“Wahai Idris, adakah
tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun
menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut
dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa
mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi
Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya
berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat
menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau
bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat
Maut.”
“Tuankah yang bertugas
mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan
bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa
makhluk?”
“Wahai Idris, selama
empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk
itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang
menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat,
apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk
menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut,
kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku,
kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali,
supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul
maut itu.”
Malaikat Maut pun
menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan
hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka
dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian
ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut
melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan
sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya
itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah
SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut
memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan
merasakan kesakitan maut itu? “
“Bila seekor binatang
dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali
lebih sakit daripadanya.
“Padahal-kelembutan
yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum
pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”
“Wahai Malaikat Maut,
saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh
berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih
banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.”
“Wahai Idris as. saya
tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka.
Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat
melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang
mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan
lain-lain.
Setelah merasa puas
melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as.
berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang
lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi
kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya
kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa
perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun
memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam
Syurga.
Kemudian pergilah
mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di
pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris
dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala
macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa
buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan
lain-lain.
Kemudian Nabi Idris
berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan
saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada
Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum
airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun
bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki
Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga,
beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar
kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun
berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi
Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya
Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman
bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali-Imran:
185)
Sedangkan saya telah
merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada
seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71)
Dan saya pun telah
mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan
mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr:
48)
Maka Allah menurunkan
wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di
azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan
tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya
bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris
yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat
membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi.” (Maryam: 56-57)
****************************************************************************************************
4. Kisah Nabi ‘isa a.s.
Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil
di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan
kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an.
Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut dengan empat
panggilan iaitu Isa, Isa puteraMariam, putera
Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia
memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, “Dan ketika
malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan
kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam’” (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian
yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi
dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang
suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana
dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur’an. Di sini,
ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah.
Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat
membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
“Aku berlindung
pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!’
Dia (malaikat)
berkata, ‘Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu,
untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.’” (19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat
yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama
itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan
akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam,
Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya,
yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat,
daripada orang-orang yang didekatkan.” (3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
“Bagaimanakah aku
akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan
bukan juga aku seorang jalang?” (19:20)
Malaikat menjawab,
“Dia (Allah)
berkata, ‘Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku; dan
supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan
daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan’” (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus
tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu
ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).
Kerasulan dan
Kenabian
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul.
Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul
lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan
bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh
Suci. Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul
itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada
yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan
Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan
dia dengan Roh Qudus (Suci).” (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk
membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami
percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang
diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak,
dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi
daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara
mereka, dan kepada-Nya kami muslim.’” (2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat
dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan
atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat
hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah
Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani
Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil,
baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah
menjelaskannya di sini, berbunyi:
“Dan Kami mengutus,
menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang
sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (5:46)
dan,
“Aku (Isa) hanya
mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya:
‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (5:117)
Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih
dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang
diperselisihkan. Firman Allah:
“dia (Isa) berkata,
‘Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan
kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu
takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.’” (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang
rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya
berbunyi:
“Wahai Bani Israil,
sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum
aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas
aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)
Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda
mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau yang
menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya.
Mereka adalah muslim. Firman Allah:
“Dan ketika Aku
mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku’;
mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.’”
(5:111)
Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi
penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
“Berkatalah
pengikut-pengikutnya yang setia, ‘Kami akan menjadi penolong-penolong Allah;
kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.’” (3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi
lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk
melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang
yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera
Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, ‘Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolong aku bagi Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia berkata, ‘Kami
akan menjadi penolong-penolong Allah.’” (61:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa
yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya
hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan
dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
“Dan apabila
pengikut-pengikut yang setia berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, bolehkah
Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?’
Dia (Isa) berkata,
‘Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata,
‘Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram,
supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami
adalah antara para saksinya.’” (5:112-113)
Justeru itu, baginda memohon kepada Allah,
“Ya Allah,
Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang
akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami,
dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau
yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja
hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga
menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur’an, iaitu surah kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja
hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat
berikut menjelaskannya:
“Ketika Allah
berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke
atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci),
untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah
dewasa ….. dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang
seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia
seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang
buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu
mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku’ ….. lalu orang-orang
yang tidak percaya antara mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang
nyata.’” (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat,
manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada
Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi
dan Rasul dilarang Allah.
Diangkat Ke langit
“Apabila Allah
berkata, ‘Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu
kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya
…..’” (3:55)
“Dan aku (Isa)
seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah
Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka;
Engkau saksi atas segala sesuatu.” (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil
mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang
sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja. Firman-Nya:
“ucapan mereka,
‘Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.’ Tetapi mereka tidak
membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang
ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar
dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali
mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.” (4:157)
Di akhir zaman nabi
‘isa akan turun kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai umat nabi
muhammad SAW. (mengikut syariat nabi muhammad). akan berdakwah mengajak orang2
kristen untuk islam, menghancurkan sali-salib, membunuh dajjal.
Gudang Ilmu
ahlusunnah :
- http://salafytobat.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment