Sunday, 11 December 2011

Surah-surah Pilihan






Bismillah.. Alhamdulillah..
Salam buat semua..
Semua orang apabila lapar pasti makan bukan?itu makanan fizikal bagi mendapatkan segala nutrien dan khasiat buat tubuh badan agar sentiasa bertenaga..
Kalau kita boleh mengisi perut yang lapar dengan makanan idaman dan minuman yang nyaman.. apakah pula makanan buat rohani kita?
Jangan di biarkan layu dan kusam.. tak di bajai..
Di sini saya sertakan amalan surah-surah pilijhan..yang mana boleh kita amalkan..Kerana dalamnya terdapat khasiat dan manfaat..  Antaranya:

Surah Al-Kahfi

1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah bersabda :
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Hadis riwayat,Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)

2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
(Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)

3. Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)


Surah Yaasiin
1. Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali."
(HR Al-Tarmizi)

Surah Ad-Dukhan
1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda :
"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
(HR Ibnu Katsir)

Surah Al-Waqiah

1. Daripada Abi Dhibah. "Telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a. Beliau bertanya : "Apa yang kamu adukan?" Abdullah menjawab : "Dosa-dosaku." Dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab :"Rahmat Tuhanku." "Perlukah saya panggil doktor?" Beliau menjawab : "Doktor lebih sakit daripada saya." Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.........." Abdullah menjawab : "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab : "Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Surah Al-Hasyar
1. Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
(HR At-Tarmizi)

Surah Al-Mulk

1. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah) : "Sesungguhnya saya marah." Allah s.w.t berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."

Nabi s.a.w bersabda :
"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian."

Anas berkata :
"Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan".

(HR Ibnu Katsir)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads