Web Hosting

Monday 16 January 2012

Valentine's Day

HARI Valentine atau hari kasih sayang diperingati pada tarikh 14 Februari setiap tahun oleh sebahagian besar remaja dunia ini.

Pada hari itu, mereka akan saling mengirim kad untuk mengungkapkan kata cinta atau kasih sayang. Ada pula yang mengirim bunga atau coklat yang berbentuk hati sebagai simbol rasa sayang. 
Di Barat, budaya ini, dalam sesetengah keadaan, sudah melampaui batas. Di sana hari kasih sayang diraikan besar-besaran. Dari awal petang hingga pagi hari, dengan mengadakan pelbagai acara hiburan. Bermula daripada sekadar menyanyi, tari menari dan bersuka ria, hingga kepada pesta seks. Tidak ada yang mencelanya, sebab malam itu adalah malam kasih sayang, malam kebebasan dan malam berasmara.
Di Malaysia, remaja Muslim pun kadang-kala terikut-ikut dengan budaya itu. Pada hari itu, mereka juga ikut saling mengirimkan kad, SMS atau jambangan bunga sebagai tanda cinta kepada seseorang yang dikasihi. Walaupun tidak sehebat di Barat, di tempat tertentu ada yang meraikan hari berkenaan dengan pelbagai acara tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama dan budaya bangsa.
Sebenarnya, kebanyakan remaja yang terikut-ikut memperingati hari kasih sayang ini hanyalah kerana suka-suka. Mereka tidak faham sejarah Hari Valentine dan tidak menyedari bahawa peringatan ini mengandungi ajaran agama serta budaya luar yang tidak sesuai dengan agama dan adat resam masyarakat kita. 

Dalam The World Book Encyclopedia 1998 dijelaskan bahawa hari kasih sayang sebenarnya adalah budaya bangsa Rom Kuno (ancient Roman) yang diadakan setiap 13 hingga 18 Februari untuk menghormati Dewi Cinta
Acara ini bermula pada 13 Februari, di mana setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu salam lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.



Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka. 
Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ini untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang berkebetulan mati pada 14 Februari
The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka adalah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka adalah St Valentine yang hidup pada zaman Kaisar Claudius II, seorang Kaisar yang melarang askarnya untuk menikah.
Kaisar Claudius II berpendapat bahawa askar bujang lebih berani dan tabah dalam berperang berbanding askar yang telah berkahwin. Untuk itu Kaisar melarang askarnya berkeluarga kerana akan melunturkan semangat patriotik mereka. 
St Valentine tidak bersetuju dengan sikap Kaisar ini. Secara senyap dia, menikahkan askar itu. Namun, perbuatannya diketahui oleh Claudius II hingga dia ditangkap, diseksa dan dihukum gantung pada 14 Februari.
Sejak itu, hari kematian St Valentine pada 14 Februari dianggap suci, bersejarah dan diperingati sebagai penghormatan di atas keberaniannya menentang kezaliman penguasa yang membunuh naluri semula jadi manusia.
Kebiasaan mengirim surat pada Hari Valentine dimulakan oleh The Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415. 
Pada setiap 14 Februari, dia akan mengirimkan surat berupa puisi kasih sayang kepada isterinya di rumah.
Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat, kemudian menjalar ke Timur dan akhirnya menjadi budaya global hingga ke hari ini.
Pada era moden ini pula, peringatan hari kasih sayang sudah tidak lagi memiliki hubungan dengan upacara agama Kristian. Peringatan hari itu sekadar upacara muda-mudi untuk mengungkapkan rasa cinta. Ia selalunya diiringi dengan pelbagai acara yang boleh menjurus kepada kemaksiatan yang pernah diamalkan oleh masyarakat Rom kuno.
Mereka sering menghantar hadiah kepada pasangan mereka.


Bagaimana dengan Islam? Islam adalah agama kasih sayang. Tetapi kasih dan sayang dalam Islam didasari oleh iman dan persaudaraan yang murni dan bersih daripada semua unsur kemaksiatan.

Islam menyedari bahawa cinta dan kasih sayang adalah fitrah semula jadi manusia yang tumbuh dan berkembang, khususnya di kalangan remaja. Islam membimbing dan memberikan panduan agar cinta dan kasih sayang itu tetap dipelihara menjadi suatu yang suci serta terhindar daripada kemaksiatan.
Cinta dan kasih sayang dalam Islam bersifat positif dan sejagat. Ia bukan setakat hubungan kasih antara muda dan mudi, suami dan isteri saja. Lebih daripada itu, meliputi semua umat. Bahkan kasih sayang itu adalah ciri daripada ajaran Islam yang berfungsi sebagai rahmat untuk semesta alam.
Tingginya kedudukan kasih sayang dalam ajaran Islam dapat dibuktikan daripada beberapa aspek, antaranya:

  Kasih sayang adalah ciri umat Nabi Muhammad.


Allah berfirman bermaksud: “Muhammad itu adalah rasul Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayanglah sesama mereka...” (Surah al-Fath, ayat 28). 
Ayat di atas menggambarkan bahawa umat Muhammad memiliki dua sikap, iaitu tegas terhadap orang lain, tetapi sangat lembut sesama sendiri. Mereka bagaikan satu tubuh yang saling melengkapi satu dengan lainnya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ke lurah sama menurun ke bukit sama mendaki. 
Sikap seperti inilah yang sentiasa diingatkan rasul dalam salah satu hadisnya bermaksud: “Umat Islam itu seperti satu tubuh, apabila sakit bahagian tertentu, maka bahagian yang lain juga akan merasainya.”
Umat Islam itu bagaikan satu keluarga. Hingga masalah apa pun yang terjadi antara mereka akan dibincangkan dengan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan. Persoalan besar akan dijadikan kecil, sementara permasalahan kecil akan mereka ketepikan. Mereka hidup bertimbang rasa.
Setiap Muslim menyedari bahawa kasih sayang bukan saja akan membentuk masyarakat yang harmoni, malah satu syarat, turunnya rahmat Tuhan dari langit. Ini sebagaimana disebut dalam salah satu sabda Rasulullah bermaksud: “Sayangilah orang yang ada di bumi, maka yang ada di langit akan menyayangi kamu.”
Ertinya, kasih dan sayang itu adalah perintah Allah yang menjadi ciri khas umat Muhammad. 
Dengan kasih sayang ini pula dibentuk masyarakat Islam yang harmoni.


 p/s : Nak dijadikan cerita umat islam tak patut menyambut hari kekasih ni hahahaha.. Sebab ia umpama mengagung-agungkan agama lain.. Wallahualam~

ⓢ    

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You May Like These:

Web Hosting

Comment for Facebook User

Nuffnang Ads

Web Hosting